Perkhidmatan Kesihatan dan Operasi

Bahagian Perkhidmatan, Kesihatan dan Operasi mempunyai lima (5) unit utama yang mempunyai bidang tugas yang berlainan tetapi mempunyai objektif dan fungsi utama yang sama.

Unit-unit ini adalah seperti berikut;    
1. Unit Perkhidmatan Pembersihan Bandar.
2. Unit Perkhidmatan Kesihatan.
3. Unit Lanskap Dan Alam Sekitar.
4. Unit Bengkel dan
5. Unit Parit dan Longkang

Objektif.

Mengujudkan dan mengekalkan keadaan alam sekitar yang bersih untuk menjamin keselesaan, kesihatan dan sejehteraan penduduk dikawasan perkadaran Majlis Daerah Keningau .
Fungsi-Fungsi.
  
 1.  Menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pengindahan kawasan Pekan.  
 2.  Melaksanakan fungsi-fungsi kesihatan seperti mana yang diperuntukkan dalam Ordinan Kesihatan Umum 1960. 
   
Aktiviti Utama Perkhidmatan Pembersihan Bandar.   
a.  Membersihkan lorong-lorong dan tempat-tempat awam.
b.  Mengumpul, mengutip dan membuang sampah sarap.
c.  Memotong rumput dan pembersihan parit-parit.
d.  Membantu dalam kerja-kerja lanskap dan pengindahan Bandar.
   
Aktiviti Utama Unit Lanskap.  
a.  Pemotongan rumput.  
b.  Penyelenggaraan Tapak Semaian.
c.  Penyelenggaraan pokok kayu dan bunga yang sedia ada.
d.  Menanam pokok kayu dan bunga.
 
Aktivit Utama Perkhidmatan Kesihatan.   
a.  Perkhidmatan kesihatan Majlis adalah dalam bentuk pengawasan (monitoring), pendidikan dan penguatkuasaan Undang Undang berkaitan.
b.  Aktiviti-aktiviti utama yang dijalankan dalam Bahagian Kesihatan ialah;  
1.  Kawalan Mutu Makanan dan kebersihan premis makanan.  
2.  Kesihatan Dan kebersihan Alam Sekitar.  
3.  Kawalan  Vektor dan vermin.  
4.  Pengkebumian Papa.  
   
 Aktiviti Utama Unit Bengkel.  
 a.  Membaiki kerosakan mesin-mesin, jentera dan kenderaan-kenderaan Majlis.  
 b.  Menjalankan kerja-kerja ketukangan.  
 c.  Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan, mesin dan jentera secara berjadual.